(Utusan Borneo)
Published : June 25, 2016
![]() |
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar |
![]() |
Shamsul Iskandar (Ahli Parlimen Bukit Katil) |
![]() |
Tian Chua (Ahli Parlimen Batu Kawan) |
![]() |
Setiausaha Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Nasution. |
Antara yang hadir semasa majlis solat jenazah di Masjid Ar Rayyan, Permyjaya ialah ketiga-tiga Naib Presiden PKR Pusat Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Shamsul Iskandar (Ahli Parlimen Bukit Katil), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu Kawan) dan Setiausaha Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Nasution.
Mereka memasuki Sarawak menggunakan pas khas dan diberikan tempoh selama tujuh hari untuk berada di sini.
Nurul Izzah ketika ditemui berkata, PKR Pusat mahu kematian Bill mendapat pembelaan yang sewajarnya dan mahu pembunuh tersebut ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.
“Parti akan bekerjasama dengan polis dan berharap pihak berkuasa dapat melakukan siasatan teliti bagi me-mastikan pembunuh tersebut tidak terlepas. Selain itu, kami mahu isu begitu dekat di hati rakyat Sarawak terutama isu hak tanah adat turut mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.
Nurul Izzah menambah, Bill seorang aktivis dan anggota PKR yang komited dan begitu aktif memperjuangkan hak rakyat Sarawak.
Mengenai motif pembunuhan Bill berkaitan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang diperjuang beliau, Nurul Izzah berkata, pihaknya tahu Bukit Aman sudah menghantar pegawainya ke sini dan parti menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
Nurul Izzah turut melahir-kan simpati dengan keluar-ga Bill dan berharap dapat membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara.
Sementara itu, Tian Chua turut melahirkan rasa terkejut dan rasa tidak percaya dengan apa yang menimpa Bill.
“Kita terkejut perkara ini boleh berlaku di Malaysia. Kita mahu menyampaikan pesan kepada rakyat Sarawak bahawa parti tidak akan bertolak ansur dengan kekejaman dan pembunuhan ngeri seumpama ini dalam budaya politik kita,” katanya.
Tian berharap rakyat Sara-wak akan terus bangkit menentang kekejaman dalam budaya politik.
Bagi Datuk Saifuddin, beliau menyifatkan Bill seorang aktivis yang jujur dalam perjuangan dan komited dalam memperjuangkan hak rakyat.
“Pemergian secara mengejut merupakan satu kehilangan besar bagi Malaysia khususnya rakyat Sarawak,” katanya.
- Utusan Borneo